Salam.
memandangkan Anak kami mula membesar, kami bercadang menambah bilik berasingan untk anak lelaki dan perempuan. Disamping itu , kami memerlukan satu bilik sebagai bilik tetamu terutamanya Emak tersayang dan ibu mertua yang datang walaupun sekali sekala.
Al maklum la , rumah kami hanya sekadar rumah teres, space tu memang sekangkang kera.. jadi benak otak kami nak cari ruang. Dengan berkat buku lakaran matematik anak sebagai master plan, kami telah plan untuk membuat projek loteng 4 tahun lalu. Masa itu masih belum ada keperluan dan paling penting takda.bajet..LOL.
Kami menggunakan Tukang yang lepas kerana Wak Boyan ni tahu struktur masa kami tambah tuang tersebut. Bukan itu aje, Wak ni pandai tukang kayu kerana kali ini kami akan pakai banyak kayu sebagai finishing.
Banyak kena ambil kira. Wiring kena betulkan. Struktur lantai , Heat Insulation, Laluan angin Masuk dan keluar, Tangga , Safety , Tangki Air, Maintanance dan entah beberapa pekara yg saya lupa dan masih lupa..
No comments:
Post a Comment