Thursday, January 2, 2014

Pelan Lantai

Salam

Pelan lantai yg saya buat ala kadar..

Maaf plan sebenar tak boleh letak di sini

Just nak image lokasi bilik


Gambar Terkini Loteng Tamsir

Salam..

Atas permintaan En Aziz yg ingin memulakan projek lotengnya, Saya update gambar ter kini yg terbengkalai untuk di update.

Bukan projek yang  terbengkalai

Oleh kerana menggunakan hp cap ayam.. gambar tak cantik .. lain kali yang cantik...



Pandangan Tangga dari bawah


 Tangga dan nampak Pintu Bilik 2 

 Pandangan dari atas


Pintu Bilik 1 Anak Bujang 


Ruang ini boleh tambah 2 bilik lagi tapi masih belum ada tujuan nak buat... jadi kawasan budak berlari2....


Bilik 2  closet yg tak siap... tak de budget ....
Bilik ini kosong lagi dan biasanya anak buah lepak main kat sini. 
Kadang2 kalau bilik tetamu.. ada emak atau emak mertua ... adik ipar saya pun terpaksa lepak kat sini...


Gambar bilik 1 pintu buka.. bilik bujang.. 
he..malas nak take pic... faham2 aje le...
takkan nak kemas sekadar hanya nak take pic... tak kuasa aku...



Setiap bilik ada tingkap... Jadi bila naik bilik atas buka tingkap dan pasang kipas angin dalam less then 5 minutes ... just nice suhu bilik..



Monday, September 24, 2012

Ruang Masuk Loteng / Tangga

Salam.

setelah siap dinding dan insulation dipasang, kerja-kerja membuat ruang masuk loteng mula di lakukan. Kalau tenggok gambar  sebelah, area tangga nak masuk ,aku gurantee lebam kepalaku sangkut kat kayu burti bumbung aka kekuda punya. Sakit oiiii...!


Masa mula design dulu, saya dan isteri pening kepala macamana nak selesaikan problem ni. Ikut pelan asal ruang tangga akan makan ruang bilik. pusing sana, pusing sini... Bila Bro arkitek datang, senang aje bagi solution. Mula-mula macam susah nak percaya tapu lepas dia scatch... he..he.. kami ikut aje.. dah tak ada idea beb. . 



Bumbung dialih atau diubah untuk ruang opening lebih tinggi. Jadi akan ada anak bumbung di atas bumbung aku.. Kami tambah ruang tingkap untuk vantilation lebih baik. jadi ruang angin lalu. Untuk berJimat lagi pakai tingkap nako sebab ruang ni pun bukan boleh capai selalu. 

Kini ruang masuk loteng tangga lebih luas dan kerisauan aku pun hilang... fuhhh lega

Add caption


Thursday, September 20, 2012

Dinding Loteng Dah siap

Salam

Wah.. dah begitu lama saya tak update blog ini. Mula-mula sibuk buka Office yang baru, nak cari lokasi , sewa, renovation, agreement dan lain-lain... ditambah lagi kehadiran ahli baru... Anak Ke 6 Nur Hana... bertambah la tertangguh lagi...

Basically rumah dah lama siap tapi saya teruskan proses.

Dinding Loteng dah siap

Selepas dinding gypsom dipasang , kini loteng dah mula nampak bentuk dan lebih kemas. Lebih kemas dari jangkaan kami. Suhu loteng kini lebih selesa dan jauh lebih baik sebelum Heat Insulation dipasang. 


Malahan waktu rehat, Wak tukang pun tak turun bawah utk rehat cuma bila dia org merokok tu yg agak tension sikit....


Sebelum itu pastikan wiring mesti dipasang sekali dengan proses pemasangan dinding kerana wire akan berada didalam dinding dan bersama-sama dengan Rockwool. Kalau dah siap , alamak la jawabnya.... 




Pastikan masa wiring setting anda berada di lokasi. Saya banyak menyelesaikan banyak kekeliruan masa wairing dan pemasangan dinding. 

Nampak , aku bawak mem naik keatas loteng. Fuhhhh bahaya kau Cik Kiahhh.. tangga belum buat lagi... nampak tak macam Selena Gomez... !





Tip- tip Pasang dinding yang bagus.

1)  Bincang dgn tukang pakai drawing. 
          Cakap pakai mulut aje... fuhh bahaya...
2)  Lantai kena Pasang dulu.
3) Tetapkan lokasi pintu dan frame dinding dgn melekatkan  tape kertas 
         di lantai. Pakai tape yg orang cat pakai tu..
4)  Pasang tape kertas pada lokasi penting seperti 
     lokasi pintu , bucu , pintu maintanance dan lain-lain
5) Pasang satu layer dinding dulu, kemudian pemasangan wiring barulah 
    proses pemasangan dinding satu layer lagi dipasang.
6) Lukis lokasi Switch board , kipas angin , lampu di lokasinya.. 
        Conteng aje pakai marker..
7)  Bincang dengan wireman kerana switch board special utk dinding 
        Gypsom memang wujud.

Kebiasaannya orang wiring dan tukang tak beberapa ngam. Entah kenapa aku tak tau...? 

Sebelah gambar pintu maintanance utk Tangki ke-2... banyak kali terselamat kerana ada rezeb tangki. almaklum la anak ramaiii....



Ruang Closet atau Almari baju Bilik 1

Ruang Tingkap bilik ke 2 , Closet dan Pintu maintanance utk bumbung.


Sunday, July 17, 2011

Tambah 2 Bilik Loteng di Rumah Teres

Salam


Kali ini kita berkongsi idea bersama sahabat kami, Cikgu Naszeri dan Isteri yang menggunakkan ruang loteng untuk dijadikan bilik anak. Perancangan mereka ialah sekiranya anak mereka sudah besar nanti, sekurang-kurangnya mereka ada bilik yg lebih praivisi terutamanya selepas anak-anak berkahwin. Fuuulamak... plan jauh baik punyaa... tu coz anak baru darjah 1....

Oleh kerana rumah mereka adalah teres tengah ( intermediate) , cara untuk menambah ruang hanyalah keatas , loteng kerana bahagian depan dan belakang telah digunakkan utk tujuan lain...



Tangga direka ditepi dari ruang dapur menjadikan ia unik, tersorok dan anda pasti tidak perasan rumah ini ada loteng yang luas.

Untuk mendapatkan ruang loteng yg selesa, Cikgu Naszeri dan Isteri telah menambambah ketinggian bumbung rumah mereka 4 kaki lagi supaya bilik loteng anak-anak mereka lebih luas dan tinggi. Ia amat perlu terutamanya utk membina tingkap dan mengelakkan ruang tersebut panas bahang. Anda akan terkejut melihat keluasan dan ketinggian bilik loteng mereka.Dari luar tak beberapa perasan sehingga anda masuk.

Kami datang melawat dengan En Sharaf sebagai pakar kejuteraan sekadar memberi pendapat.

Sebenarnya saya sangat seronok kerana beliau mempunyai idea kreatif dan impian utk melakukan sesuatu....
kos agak banyak tetapi kepuasan dan proses pembesaran anak-anak tambahan pula dikira maid lagi....

Sunday, July 10, 2011

Proses buat syling

Proses Heat Insulation atau Penebat haba

 yang tengah tu selepas pasang rockwool dan aluminium foil

Heat insulation/ Penebat haba

Salam.


Salah satu cabaran besar utk buat loteng adalah haba. Kalau biasa anda pergi ke rumah orang buat loteng, bahang bumbung sangat terasa dan menganggu. Malahan ada yang dah buat penat-penat dan kos yang mahal, last-last anak tidur kat bawah juga kerana tak tahan panas bahang dari bumbung.

Jadi kali ini, aku nak cuba sahut cabaran tersebut... tu yang dapatkan bantuan pakar secara percuma lagi tau... Datang dari Melaka lagi... nasib aku baik jadi adik dia... Ha..ha..ha..





Setelah berbincang dengan bro akitek tu, saya pun tambah Aluminium Foil dan Rock Wool sebagai heat resistance atau heat insulation. Boleh tahan mahal tetapi saya dapat order direct adri kilang kat Klang Selangor.








Suhu sebelum pasang benda ni 42degC tetapi selepas pasang dalam 35degC. Itu kiraan pakai temometer yang tak calibrate dan ada error tapi yang penting tak berpeluh mencurah-curah ketiak la beb... Gembira  betul kerana ujikaji saya berjaya dan mendatangkan hasil.






Kalau ikut susunan dari atas , Bumbung konkrit, Rockwool , Aluminium Foil , Untuk bahan syling saya menggunakkan Gypsom board sebagai syling kerana isu asbestos atau habuk kerana posisi syling yg rendah dan akan selalu disentuh terutamanya kanak-kanak.








Kiranya ini adalah Eco Saving Projek kami...















Gambar saya dengan Bro Akitek