Sunday, July 17, 2011

Tambah 2 Bilik Loteng di Rumah Teres

Salam


Kali ini kita berkongsi idea bersama sahabat kami, Cikgu Naszeri dan Isteri yang menggunakkan ruang loteng untuk dijadikan bilik anak. Perancangan mereka ialah sekiranya anak mereka sudah besar nanti, sekurang-kurangnya mereka ada bilik yg lebih praivisi terutamanya selepas anak-anak berkahwin. Fuuulamak... plan jauh baik punyaa... tu coz anak baru darjah 1....

Oleh kerana rumah mereka adalah teres tengah ( intermediate) , cara untuk menambah ruang hanyalah keatas , loteng kerana bahagian depan dan belakang telah digunakkan utk tujuan lain...



Tangga direka ditepi dari ruang dapur menjadikan ia unik, tersorok dan anda pasti tidak perasan rumah ini ada loteng yang luas.

Untuk mendapatkan ruang loteng yg selesa, Cikgu Naszeri dan Isteri telah menambambah ketinggian bumbung rumah mereka 4 kaki lagi supaya bilik loteng anak-anak mereka lebih luas dan tinggi. Ia amat perlu terutamanya utk membina tingkap dan mengelakkan ruang tersebut panas bahang. Anda akan terkejut melihat keluasan dan ketinggian bilik loteng mereka.Dari luar tak beberapa perasan sehingga anda masuk.

Kami datang melawat dengan En Sharaf sebagai pakar kejuteraan sekadar memberi pendapat.

Sebenarnya saya sangat seronok kerana beliau mempunyai idea kreatif dan impian utk melakukan sesuatu....
kos agak banyak tetapi kepuasan dan proses pembesaran anak-anak tambahan pula dikira maid lagi....