Sunday, July 17, 2011

Tambah 2 Bilik Loteng di Rumah Teres

Salam


Kali ini kita berkongsi idea bersama sahabat kami, Cikgu Naszeri dan Isteri yang menggunakkan ruang loteng untuk dijadikan bilik anak. Perancangan mereka ialah sekiranya anak mereka sudah besar nanti, sekurang-kurangnya mereka ada bilik yg lebih praivisi terutamanya selepas anak-anak berkahwin. Fuuulamak... plan jauh baik punyaa... tu coz anak baru darjah 1....

Oleh kerana rumah mereka adalah teres tengah ( intermediate) , cara untuk menambah ruang hanyalah keatas , loteng kerana bahagian depan dan belakang telah digunakkan utk tujuan lain...



Tangga direka ditepi dari ruang dapur menjadikan ia unik, tersorok dan anda pasti tidak perasan rumah ini ada loteng yang luas.

Untuk mendapatkan ruang loteng yg selesa, Cikgu Naszeri dan Isteri telah menambambah ketinggian bumbung rumah mereka 4 kaki lagi supaya bilik loteng anak-anak mereka lebih luas dan tinggi. Ia amat perlu terutamanya utk membina tingkap dan mengelakkan ruang tersebut panas bahang. Anda akan terkejut melihat keluasan dan ketinggian bilik loteng mereka.Dari luar tak beberapa perasan sehingga anda masuk.

Kami datang melawat dengan En Sharaf sebagai pakar kejuteraan sekadar memberi pendapat.

Sebenarnya saya sangat seronok kerana beliau mempunyai idea kreatif dan impian utk melakukan sesuatu....
kos agak banyak tetapi kepuasan dan proses pembesaran anak-anak tambahan pula dikira maid lagi....

Sunday, July 10, 2011

Proses buat syling

Proses Heat Insulation atau Penebat haba

 yang tengah tu selepas pasang rockwool dan aluminium foil

Heat insulation/ Penebat haba

Salam.


Salah satu cabaran besar utk buat loteng adalah haba. Kalau biasa anda pergi ke rumah orang buat loteng, bahang bumbung sangat terasa dan menganggu. Malahan ada yang dah buat penat-penat dan kos yang mahal, last-last anak tidur kat bawah juga kerana tak tahan panas bahang dari bumbung.

Jadi kali ini, aku nak cuba sahut cabaran tersebut... tu yang dapatkan bantuan pakar secara percuma lagi tau... Datang dari Melaka lagi... nasib aku baik jadi adik dia... Ha..ha..ha..





Setelah berbincang dengan bro akitek tu, saya pun tambah Aluminium Foil dan Rock Wool sebagai heat resistance atau heat insulation. Boleh tahan mahal tetapi saya dapat order direct adri kilang kat Klang Selangor.








Suhu sebelum pasang benda ni 42degC tetapi selepas pasang dalam 35degC. Itu kiraan pakai temometer yang tak calibrate dan ada error tapi yang penting tak berpeluh mencurah-curah ketiak la beb... Gembira  betul kerana ujikaji saya berjaya dan mendatangkan hasil.






Kalau ikut susunan dari atas , Bumbung konkrit, Rockwool , Aluminium Foil , Untuk bahan syling saya menggunakkan Gypsom board sebagai syling kerana isu asbestos atau habuk kerana posisi syling yg rendah dan akan selalu disentuh terutamanya kanak-kanak.








Kiranya ini adalah Eco Saving Projek kami...















Gambar saya dengan Bro Akitek

Bilik dan Dinding Gypsom Board

Salam



Oleh kerana saya memilih bahan yang lebih ringan dan penebat haba yang baik, saya menggunakkan Gypsom Board sebagai bahan utama. Mungkin janggal kat malaysia tetapi ia dah mula diperkenalkan. Biasa la .. lebih murah dan mudah ...Biasa office pakai benda ni...

Mula-mula sekali kena dediced kawasan bilik kat mana, pintu dan sebagainya. Kan saya bagitau dulu , segala plan scatch dibuat oleh saya dan wife yg tak pengalaman. jadi apabila Arkitek bagi free consulatncy .( he..he..).. banyak benda yang kami belajar dan perlu diubah. Mula-mulanya tak nak ikut kata member tu tapi setelah siap lantai, barulah segalanya kami faham.



Frame pintu akan dipasang dulu dengan frame dinding dari aluminium. Nasib baik saya kat rumah , kerana lupa nak ubah plan dan bagitau perubahan selepas dapat free consultancy dari bro akitek tu. kena bagitau kontraktor tu lokasi frame pintu. Ha.. ha... lega bagitau masa dia pasang..









Seronok betul sebab dah nampak bentul bilik. Setiap hari keluar koje lambat sikit dalam 10am ( nasib baik aku koje sendiri) sebab tunggu wak tukang untuk follow up dan update segala infor. Macam aku buat standing morning meeting lak masa koje kilang dulu. Kelako la.. pulak....

Saturday, July 9, 2011

Bilik dan Tangga Design Review

Salam

Setelah siap lantai dipasang, barulah ruang sebenar dapat digambarkan dengan otak kami. Padamulanya kami merancang untuk buat 3 bilik. Almaklum la ... buat design rumah ini bukan bidang kita, tetapi apabila akitek datang dan periksa, tiang beam di atas kepala wife tu jadi gambar seterusnya. Ha... ha... kepala saya tak lepas. Langsung tak terfikir. Boleh lunyai kepala ku...








Setelah diperiksa, terdapat satu bilik ( ruang bilik kawasan gambar ini) tidak dapat diteruskan kerana faktor keselamatan terutamanya bahagian kepala. Setelah puas pusing tonggang terbalik cari idea dan penyelesaian .. akhirnya kami memutuskan hanya buat 2 bilik untuk anak lelaki dan anak perempuan. Bilik untuk ruang ini dijadikan ruang main anak-anak aje le... kawasan lapang...






Selain dari itu, kami juga telah mengubah design tangga dari straight seperti gambar kiri kepada yang ada landing area kerana faktor keselamatan dan juga kami mempunyai 5 orang anak yg kategorikan  masih kecil. Nak masuk 6 ... Maksudnya ... kalau anak terjatuh tangga, dia akan terjatuh dan landing kat tenggah-tenggah tangga . Kalau yang straight ... budak akan jatuh terus dok kelantai bawah.  kena tambah kos tapi satu pekara yang perlu. gambar hanyalah ilustrasi. sementara. actual belum siap.


Tangga buat last sekali bagi mengelakkan anak-anak kami panjat kerana pagar dan banyak isu keselamatan. Bukan anak, saya pun gayat nak panjat tangga ni. Cuak giler

Tuesday, July 5, 2011

Projek Loteng Pondok Kami Part 4

Salam.

Sebelum Papan lantai dipasang, ada satu perkara yang paling penting... Wiring rumah. Pastikan anda kenal wireman supaya senang nak NEGO dan tak kena kencing.

Salah satu pekara, jangan berkira sangat dengan harga coz kerja depa pun boleh tahan susah. kadang-kadang owner tawar harga melampau. Ingat.. wireman bukan jual wire.

Mereka juga jual service profesional dan nak cari makan. Kena pandai timbang tara la Bro....

Mula-mula kena ubah wire ke bawah gelegar sebelum papan lantai dipasang. kena betulkan banyak wire... makan duit tapi benda ini kena kira dari awal sebelum projek berjalan.



Wire rumah saya kena ubah kerana banyak perkara... Salah satunya insulation distance atau senang cerita kalau ada apa-apa, saya perlu jarakkan bahan yg mudah terbakar dengan alat elektrik yang boleh jadi panas sekiranya short circuit berlaku... Boring kan cerita teknikal. Senang cerita , kalau ada short circuit , jadi panas , bahan yg mudah terbakar jauhkan....


Bab bab berapa point dan point kat mana tu masing-masing pandai kan...

Grounding pun kena kira. Kadang-kadang dan ramai juga renovate tambah rumah pakai tambah point aje. Tak kira wire looping atau Circuit Grounding tak kuat. Tu ..yang kadang-kadang lampu asik berkelip-kelip aje atau susah nak menyala sedangkan sepatutnya ok. Tanya wireman yang berilmu dlm wiring la... pengalaman aje kadang-kadang ...hampeh...

Monday, July 4, 2011

Projek Loteng Pondok Kami Part 3

Salam..

kali ini pemasangan papan lantai bermula.
Kami menggunakan sebahagian ruang utama dengan papan lantai 6 'inci lebar dan 1 inci tebal. Kerja pemasangan lantai berjalan selepas papan gelegar dipasang dengan jarak 1 kaki setiap gelegar supaya jangan goyang bila budak melompat-lompat


Bahagian bilik hanya pakai Papan Playwood tebal 1 inci aje sebab plan nak pakai laminate wood sebagai finishing la kononnya. Sebenarnya kerana kos lebih murah utk projek kali ini. ha..ha...   Tapi kemudian nanti le... entah bila.Sekarang ni cuma sanding dan varnish color teak wood atau mahogani la ....




Tak sabar papan siap. Rasa progress lambat la pulak.....

Saturday, July 2, 2011

Projek Loteng Pondok Kami Part 2

Salam

Setelah diukur dan memilih bahan binaan. kerja-kerja pun bermula

Mula sekali menambah kayu gelegar supaya struktur lebih kukuh dan lantai tidak bergegar apabila berjalan terutamanya saya yg agak comel ni. semau gelegar disokong oleh konkrit beam sekeliling struktur asal. Kami menggunakan Kayu 2 X 4 inci utk memastikan ia lebih kukuh.





Kayu perlu di trim utk memastikan lantai tegak dan sekata. Kadang-kadang kayu agak bengkok dan menyebabkan lantai akan mengelembung apabila papan lantai dipasang. Lepas tu, semua kayu gelegar dinaikkan dan kerja-kerja pemasangan pun bermula.


Oh ya... saya lupa, saya pernah bagi tau plan asal buat loteng bermula 4 tahun lalu. Sebab tu kami sudah ada 2 tingkap berkaca warna-warni siap dipasang. Cantikkan. semua orang jiran dah ingatkan rumah kami ada loteng masa renovation 4 tahun lepas. Siap ada yang datang nak tenggok... Ha... ha... tingkap eksyen aje...

Memilih Kayu Terpakai

Salam.

Salah satu cara utk menjimatkan wang poket anda dari terus bolos dengan mencari dan menggunakan papan kayu terpakai.

Jika anda fikir begitu jimat sehingga 50%, anda tersalah anggap. Harga kayu terpakai atau kayu lama tidak jauh dari harga kayu baru tetapi anda dapat kayu yang berkualiti tinggi. Kayu lama dikatakan dari kayu yang lebih tua dan matang ketika pokok ditebang berbanding kayu sekarang. Sebenarnya jimat juga , dalam 20 ~ 30 % aje.Kecuali anda ada rakan yang didalam bidang tersebut ke... bapak anda ada kilang sawmill ke...he..he...

Satu cara lain ialah membeli rumah lama dari kampung secara borong , anda dikategorikan bijak dan perlu ada bertuah. Ia memerlukkan kesabaran dan sedikit pengalaman. Salah seorang Pelanggan saya En Khairy Lekah dari Kg Bukit Bangkong, Sepang, Selangor telah berusaha dengan sabar membeli rumah lama terbiar dengan harga yang lebih murah berbanding membeli kayu baru. Itu tak kira kualiti kayu lama. Ini boleh jimat banyak walaupun kos perjalanan yang agak jauh


Anda boleh juga membeli kayu baru yang berkualiti sekiranya kualiti menjadi keutamaan dan bajet di tempat kedua dan secukupnya.






Lokasi Kayu terpakai seperti Labu Negeri Sembilan, Muar Johor, Tongkang Pecah Batu Pahat Johor. Itu saje yang saya tau sebab saya minta tolong Wak Tukang saya yang carikkan kerana kalau jauh sangat kos tak boleh Cover...!