Salam
Setelah siap lantai dipasang, barulah ruang sebenar dapat digambarkan dengan otak kami. Padamulanya kami merancang untuk buat 3 bilik. Almaklum la ... buat design rumah ini bukan bidang kita, tetapi apabila akitek datang dan periksa, tiang beam di atas kepala wife tu jadi gambar seterusnya. Ha... ha... kepala saya tak lepas. Langsung tak terfikir. Boleh lunyai kepala ku...
Setelah diperiksa, terdapat satu bilik ( ruang bilik kawasan gambar ini) tidak dapat diteruskan kerana faktor keselamatan terutamanya bahagian kepala. Setelah puas pusing tonggang terbalik cari idea dan penyelesaian .. akhirnya kami memutuskan hanya buat 2 bilik untuk anak lelaki dan anak perempuan. Bilik untuk ruang ini dijadikan ruang main anak-anak aje le... kawasan lapang...
Selain dari itu, kami juga telah mengubah design tangga dari straight seperti gambar kiri kepada yang ada landing area kerana faktor keselamatan dan juga kami mempunyai 5 orang anak yg kategorikan masih kecil. Nak masuk 6 ... Maksudnya ... kalau anak terjatuh tangga, dia akan terjatuh dan landing kat tenggah-tenggah tangga . Kalau yang straight ... budak akan jatuh terus dok kelantai bawah. kena tambah kos tapi satu pekara yang perlu. gambar hanyalah ilustrasi. sementara. actual belum siap.
Tangga buat last sekali bagi mengelakkan anak-anak kami panjat kerana pagar dan banyak isu keselamatan. Bukan anak, saya pun gayat nak panjat tangga ni. Cuak giler