
Salam.
Salah satu cara utk menjimatkan wang poket anda dari terus bolos dengan mencari dan menggunakan papan kayu terpakai.
Jika anda fikir begitu jimat sehingga 50%, anda tersalah anggap. Harga kayu terpakai atau kayu lama tidak jauh dari harga kayu baru tetapi anda dapat kayu yang berkualiti tinggi. Kayu lama dikatakan dari kayu yang lebih tua dan matang ketika pokok ditebang berbanding kayu sekarang. Sebenarnya jimat juga , dalam 20 ~ 30 % aje.Kecuali anda ada rakan yang didalam bidang tersebut ke... bapak anda ada kilang sawmill ke...he..he...
Satu cara lain ialah membeli rumah lama dari kampung secara borong , anda dikategorikan bijak dan perlu ada bertuah. Ia memerlukkan kesabaran dan sedikit pengalaman. Salah seorang Pelanggan saya En Khairy Lekah dari Kg Bukit Bangkong, Sepang, Selangor telah berusaha dengan sabar membeli rumah lama terbiar dengan harga yang lebih murah berbanding membeli kayu baru. Itu tak kira kualiti kayu lama. Ini boleh jimat banyak walaupun kos perjalanan yang agak jauh

Anda boleh juga membeli kayu baru yang berkualiti sekiranya kualiti menjadi keutamaan dan bajet di tempat kedua dan secukupnya.
Lokasi Kayu terpakai seperti Labu Negeri Sembilan, Muar Johor, Tongkang Pecah Batu Pahat Johor. Itu saje yang saya tau sebab saya minta tolong Wak Tukang saya yang carikkan kerana kalau jauh sangat kos tak boleh Cover...!