Showing posts with label kayu terpakai. Show all posts
Showing posts with label kayu terpakai. Show all posts

Thursday, January 2, 2014

Gambar Terkini Loteng Tamsir

Salam..

Atas permintaan En Aziz yg ingin memulakan projek lotengnya, Saya update gambar ter kini yg terbengkalai untuk di update.

Bukan projek yang  terbengkalai

Oleh kerana menggunakan hp cap ayam.. gambar tak cantik .. lain kali yang cantik...



Pandangan Tangga dari bawah


 Tangga dan nampak Pintu Bilik 2 

 Pandangan dari atas


Pintu Bilik 1 Anak Bujang 


Ruang ini boleh tambah 2 bilik lagi tapi masih belum ada tujuan nak buat... jadi kawasan budak berlari2....


Bilik 2  closet yg tak siap... tak de budget ....
Bilik ini kosong lagi dan biasanya anak buah lepak main kat sini. 
Kadang2 kalau bilik tetamu.. ada emak atau emak mertua ... adik ipar saya pun terpaksa lepak kat sini...


Gambar bilik 1 pintu buka.. bilik bujang.. 
he..malas nak take pic... faham2 aje le...
takkan nak kemas sekadar hanya nak take pic... tak kuasa aku...



Setiap bilik ada tingkap... Jadi bila naik bilik atas buka tingkap dan pasang kipas angin dalam less then 5 minutes ... just nice suhu bilik..



Saturday, July 2, 2011

Memilih Kayu Terpakai

Salam.

Salah satu cara utk menjimatkan wang poket anda dari terus bolos dengan mencari dan menggunakan papan kayu terpakai.

Jika anda fikir begitu jimat sehingga 50%, anda tersalah anggap. Harga kayu terpakai atau kayu lama tidak jauh dari harga kayu baru tetapi anda dapat kayu yang berkualiti tinggi. Kayu lama dikatakan dari kayu yang lebih tua dan matang ketika pokok ditebang berbanding kayu sekarang. Sebenarnya jimat juga , dalam 20 ~ 30 % aje.Kecuali anda ada rakan yang didalam bidang tersebut ke... bapak anda ada kilang sawmill ke...he..he...

Satu cara lain ialah membeli rumah lama dari kampung secara borong , anda dikategorikan bijak dan perlu ada bertuah. Ia memerlukkan kesabaran dan sedikit pengalaman. Salah seorang Pelanggan saya En Khairy Lekah dari Kg Bukit Bangkong, Sepang, Selangor telah berusaha dengan sabar membeli rumah lama terbiar dengan harga yang lebih murah berbanding membeli kayu baru. Itu tak kira kualiti kayu lama. Ini boleh jimat banyak walaupun kos perjalanan yang agak jauh


Anda boleh juga membeli kayu baru yang berkualiti sekiranya kualiti menjadi keutamaan dan bajet di tempat kedua dan secukupnya.






Lokasi Kayu terpakai seperti Labu Negeri Sembilan, Muar Johor, Tongkang Pecah Batu Pahat Johor. Itu saje yang saya tau sebab saya minta tolong Wak Tukang saya yang carikkan kerana kalau jauh sangat kos tak boleh Cover...!