Salam
Wah.. dah begitu lama saya tak update blog ini. Mula-mula sibuk buka Office yang baru, nak cari lokasi , sewa, renovation, agreement dan lain-lain... ditambah lagi kehadiran ahli baru... Anak Ke 6 Nur Hana... bertambah la tertangguh lagi...
Basically rumah dah lama siap tapi saya teruskan proses.
Dinding Loteng dah siap
Selepas dinding gypsom dipasang , kini loteng dah mula nampak bentuk dan lebih kemas. Lebih kemas dari jangkaan kami. Suhu loteng kini lebih selesa dan jauh lebih baik sebelum Heat Insulation dipasang.
Malahan waktu rehat, Wak tukang pun tak turun bawah utk rehat cuma bila dia org merokok tu yg agak tension sikit....
Sebelum itu pastikan wiring mesti dipasang sekali dengan proses pemasangan dinding kerana wire akan berada didalam dinding dan bersama-sama dengan Rockwool. Kalau dah siap , alamak la jawabnya....
Pastikan masa wiring setting anda berada di lokasi. Saya banyak menyelesaikan banyak kekeliruan masa wairing dan pemasangan dinding.
Nampak , aku bawak mem naik keatas loteng. Fuhhhh bahaya kau Cik Kiahhh.. tangga belum buat lagi... nampak tak macam Selena Gomez... !
Tip- tip Pasang dinding yang bagus.
1) Bincang dgn tukang pakai drawing.
Cakap pakai mulut aje... fuhh bahaya...
2) Lantai kena Pasang dulu.
3) Tetapkan lokasi pintu dan frame dinding dgn melekatkan tape kertas
di lantai. Pakai tape yg orang cat pakai tu..
4) Pasang tape kertas pada lokasi penting seperti
lokasi pintu , bucu , pintu maintanance dan lain-lain
5) Pasang satu layer dinding dulu, kemudian pemasangan wiring barulah
proses pemasangan dinding satu layer lagi dipasang.
6) Lukis lokasi Switch board , kipas angin , lampu di lokasinya..
Conteng aje pakai marker..
7) Bincang dengan wireman kerana switch board special utk dinding
Gypsom memang wujud.
Kebiasaannya orang wiring dan tukang tak beberapa ngam. Entah kenapa aku tak tau...?
Sebelah gambar pintu maintanance utk Tangki ke-2... banyak kali terselamat kerana ada rezeb tangki. almaklum la anak ramaiii....
Ruang Closet atau Almari baju Bilik 1
Ruang Tingkap bilik ke 2 , Closet dan Pintu maintanance utk bumbung.