Sunday, July 10, 2011

Heat insulation/ Penebat haba

Salam.


Salah satu cabaran besar utk buat loteng adalah haba. Kalau biasa anda pergi ke rumah orang buat loteng, bahang bumbung sangat terasa dan menganggu. Malahan ada yang dah buat penat-penat dan kos yang mahal, last-last anak tidur kat bawah juga kerana tak tahan panas bahang dari bumbung.

Jadi kali ini, aku nak cuba sahut cabaran tersebut... tu yang dapatkan bantuan pakar secara percuma lagi tau... Datang dari Melaka lagi... nasib aku baik jadi adik dia... Ha..ha..ha..





Setelah berbincang dengan bro akitek tu, saya pun tambah Aluminium Foil dan Rock Wool sebagai heat resistance atau heat insulation. Boleh tahan mahal tetapi saya dapat order direct adri kilang kat Klang Selangor.








Suhu sebelum pasang benda ni 42degC tetapi selepas pasang dalam 35degC. Itu kiraan pakai temometer yang tak calibrate dan ada error tapi yang penting tak berpeluh mencurah-curah ketiak la beb... Gembira  betul kerana ujikaji saya berjaya dan mendatangkan hasil.






Kalau ikut susunan dari atas , Bumbung konkrit, Rockwool , Aluminium Foil , Untuk bahan syling saya menggunakkan Gypsom board sebagai syling kerana isu asbestos atau habuk kerana posisi syling yg rendah dan akan selalu disentuh terutamanya kanak-kanak.








Kiranya ini adalah Eco Saving Projek kami...















Gambar saya dengan Bro Akitek

7 comments:

  1. gambar pun ada, ha2

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Macam Kenal je...
    ini projeknya...ow...good idea...!

    -sobah pasir gudang-

    ReplyDelete
  3. sis tanye jek...semua2 ni kos brp yer...anggrn total? thanks...

    ReplyDelete
  4. woooww... klang kat mana tu...saya dokklang je ni

    ReplyDelete
  5. boleh x bagi no kilang kat klang tu.. saya nk order..

    ReplyDelete