Saturday, July 9, 2011

Bilik dan Tangga Design Review

Salam

Setelah siap lantai dipasang, barulah ruang sebenar dapat digambarkan dengan otak kami. Padamulanya kami merancang untuk buat 3 bilik. Almaklum la ... buat design rumah ini bukan bidang kita, tetapi apabila akitek datang dan periksa, tiang beam di atas kepala wife tu jadi gambar seterusnya. Ha... ha... kepala saya tak lepas. Langsung tak terfikir. Boleh lunyai kepala ku...








Setelah diperiksa, terdapat satu bilik ( ruang bilik kawasan gambar ini) tidak dapat diteruskan kerana faktor keselamatan terutamanya bahagian kepala. Setelah puas pusing tonggang terbalik cari idea dan penyelesaian .. akhirnya kami memutuskan hanya buat 2 bilik untuk anak lelaki dan anak perempuan. Bilik untuk ruang ini dijadikan ruang main anak-anak aje le... kawasan lapang...






Selain dari itu, kami juga telah mengubah design tangga dari straight seperti gambar kiri kepada yang ada landing area kerana faktor keselamatan dan juga kami mempunyai 5 orang anak yg kategorikan  masih kecil. Nak masuk 6 ... Maksudnya ... kalau anak terjatuh tangga, dia akan terjatuh dan landing kat tenggah-tenggah tangga . Kalau yang straight ... budak akan jatuh terus dok kelantai bawah.  kena tambah kos tapi satu pekara yang perlu. gambar hanyalah ilustrasi. sementara. actual belum siap.


Tangga buat last sekali bagi mengelakkan anak-anak kami panjat kerana pagar dan banyak isu keselamatan. Bukan anak, saya pun gayat nak panjat tangga ni. Cuak giler

9 comments:

  1. void (bukaan ceilling utk tangga) besarkan lagi ke belakang kot.

    ReplyDelete
  2. timbertone utk kemasan kayu guna warna apa? dah pilih?

    ReplyDelete
  3. bukaan void lebih besar ... double size dari gambar atas..

    color tengah poning den nak pilihcuma x sempat upload lagi.

    ReplyDelete
  4. Bajet cam ni berapa gaknya

    ReplyDelete
  5. Budget kena tanya tukang..
    Kami dlm rm25k termasuk wiring dan insulation

    ReplyDelete
  6. berapa kali berapa bukaan rumah yer bro? nak tnye sebab saye pon ada cadang nak buat mcm ni jgk, rumah saya bukaan 20 x 70, teres tengah... pening jgk nk design n nak tambah ruang bilik nih,,, pnyelesaian kene buat loteng... lantai loteng papan @ buat beam? 2 yg nak tnye 2....

    ReplyDelete
  7. Salam. Rumah saya coner lot.jadi agak luas. Tapi kalau tengah biasanya boleh buat 2 bilik atas.. tenggok budget juga...

    ReplyDelete
  8. Lantai papan lagi la best... tapi mahal. Saya pakai kayu gelegar 2x4inc sefiap 1 kaki. Kalau selang 2 kaki , lantai gegar bila jalan.mLantai pakai apapan lantai 1 inc coz beli papan lama 2nd. Kayu ldbh baik.

    ReplyDelete
  9. Salam. Klau buat loteng ni kena minta approval dr majlis bandaran ke? Leh rekemenkan tukang kayu , arkitek yang buat loteng en. Sertakan sekali no phone. So sng nk ty dan buat anggaran bajet. Sy mmg bminat ngan loteng rumah en. Nice n nmpk menarik. Tq.

    ReplyDelete